Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

BANK NEGARA SERBU GEMILANG MIRZA | SKIM CEPAT KAYA

Salam pembaca blog PemikirKaya dot com!

Apa khabar? Semoga berada dalam situasi yang baik dan berlapang dada selalu hendaknya!

Ini kerana apabila berada dalam keadaan berlapang dada, maka sudah tentulah fikiran dan minda pun turut sama beroleh kecerdasan untuk berfikir!

Ya, berfikir untuk kebaikan diri, keluarga, bangsa dan agama..

Bercerita pasal berfikir ni, ramai di antara masyarakat kita hari ini suka sangat berfikir untuk menjadi cepat kaya..

(Ingat, berfikiran untuk menjadi kaya tidak salah bahkan amat-amat bagus! tetapi apabila anda berfikir untuk cepat kaya! Maka anda perlu berhati-hati…!)

Ini kerana apabila anda mulai berfikiran untuk menjadi cepat kaya, kemungkinan-kemungkinan untuk anda terjebak dengan aktiviti tidak sihat dan melanggar batas-batas agama dan undang-undang adalah amat tinggi!

Lihat, pada mereka yang terlibat dengan korupsi, penyelewangan, penipuan, pecah amanah, dan bermacam-macam lagi salahlaku berkaitan dengan Wang!

Dan sudah tentulah, apabila disebut cepat kaya! Fikiran kita terus terarah kepada SKIM CEPAT KAYA!

Sebilangan besar masyarakat hari ini, begitu cenderung untuk menyertai SKIM CEPAT KAYA!

Ada sahaja skim-skim baru yang bertopengkan perniagaan dan juga pelaburan wujud untuk mengaburi mata masyarakat yang cetek ilmu dan pengetahuan tentang dunia perniagaan dan pelaburan yang sebenar!

Terbaru penduduk di sekitar Sabah dan Labuan heboh bercakap berkenaan satu lagi kegiatan Skim Cepat Kaya yang beroperasi dan berpengkalan di Papar, Sabah  di serbu oleh pihak Bank Negara Malaysia!

Anda boleh baca artikel penuh The Star Online Bank Negara raids Gemilang Mirza

Anda boleh baca kenyataan Bank Negara Malaysia dengan KLIK DI SINI!

Saya sebenarnya sebelum ini pernah diminta untuk memberikan pandangan peribadi saya mengenai skim pengambilan deposit secara haram ini!

Dan setelah mendengar secara ringkas daripada peserta yang mengikutinya mengenai bentuk operasinya, saya terus dapat memberikan jawapan yang ringkas,tepat dan padat! ianya adalah SKIM CEPAT KAYA!

Dan sudah menjadi kebiasaannya apabila saya berkata sedemikian, mereka mula tidak setuju dengan saya…kata mereka;

“Lihat saya dah dapat hampir RM10,000 daripada pelaburan awal saya! Kalau tipu tak kan dia orang boleh bayar saya jumlah yang besar sebegini! Dan hampir setahun saya dan kawan melaburkan wang di sana? Bukan saya seorang, tapi ramai lagi yang telah menyertainya! Semalam saya baru tambah RM20,000 lagi daripada simpanan saya!” kata salah seorang peserta Gemilang Mirza!”

Tengoklah, apa dah jadi!

Dia orang mintak pandangan saya, tapi bila saya berikan pendapat, mereka menyangkalnya pulak!

Hai, nasib kau oranglah!

Saya dah bagi tahu, tapi tak nak dengar cakap!

Terpulanglah…!

Dan kesudahannya, Bank Negara membuat serbuan!

Macam biasalah wang dibekukan! Maka ramailah yang berputih mata!

Untuk makluman anda semua, saya sengaja tidak mendedahkan perkara ini lebih awal dalam blog pemikirkaya dot com, kerana daripada pengalaman saya, jika saya mendedahkan sesuatu skim itu sebagai program Skim Cepat Kaya, maka para peserta tegar program skim cepat kaya sebegini akan mula memenuhi ruangan komen pada blog saya dengan pelbagai kata-kata kesat, maki hamun dan carut marut yang tidak seronok untuk dibaca!

Maka saya mengambil keputusan dengan menunggu kenyataan dan tindakan daripada pihak berkuasa untuk bertindak terlebih dahulu!

“Tetapi apa gunanya? Bukankah jika anda maklumkan lebih awal di dalam blog PemikirKaya dot com, kemungkinan tidak terlalu ramai yang terjebak dan jadi mangsa skim cepat kaya sebegini?”, mungkin ada di antara anda yang bertanya sedemikian rupa!

Ooo…soal itu, jangan risau!

Anda boleh dapatkan tips dan panduan awal dengan membaca artikel SKIM CEPAT KAYA di sini!

Ini kerana saya tidak suka untuk mencetuskan kontroversi dan menambah dosa para peserta Skim Cepat Kaya tegar ini daripada melemparkan kata-kata  kesat dan maki hamun di antara satu sama lain melalui ruangan komen yang disediakan !

Namun begitu jika anda serius dan jujur untuk mendapatkan jawapan daripada saya tentang sesuatu program dan skim yang meragukan, anda boleh hubungi terus saya dengan KLIK DI SINI!

Saya akan cuba membantu anda sebaik mungkin!

Jadi, ingatlah saranan popular saya!

“Berfikiran Kaya lah selalu, dan bukannya CEPAT kaya!”

Salam Kekayaan!

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “BANK NEGARA SERBU GEMILANG MIRZA | SKIM CEPAT KAYA”

  1. ZulBM says:

    Biasalah phenomena ini di negara, tambahan dalam keadaan kegawatan ekonomi ni macam2 benda kita boleh dapat….

    Melayu Mudah Lupa! Tapi bukan semua begitu….. harapan saya agar orang kita belajarlah mengurus kewangan dengan betul….

  2. noor says:

    Salam. Bagaimana tentang Imuone Diamond Club syarikat yang bisnes intan permata tu tuan.Bonda Yang DiPertuan Agong Penaungnya. Ramai vvip melabur di belakang tabir bisnes tu. Ada potensi atau tergolong dalam skim cepat kaya.Peratusan untung dia bagi lingkungan 30% – 35% je setahun. Tapi dia bagi tiap bulan. Pakej gold Rm360.Tiap bulan selama 23 bulan dia bagi rm28.05. Yuran ahli mula lancar free. Sekarang lingkungan rm44 sekali saja bila mula invest.Ada macam-macam pakej lain yang mahal. Mohon pandangan.Terima kasih.

  3. Thinkerich says:

    Noor,

    Terima kasih kerana bertanya..
    Soalan yang menarik…

    Ya, sememangnya program tersebut ada pontensi untuk tergolong dalam SKIM CEPAT KAYA…

    Rata-rata program SCK akan mempromosikan kerabat di raja, vvip dan sebagainya…

    Keduanya ada menjanjikan pulangan yang dibayar secara bulanan secara tetap dan macam biasalah mereka menjual pakej macam lain-lain program SCK…

    Yang paling penting dan mustahak kenapa pelaburan ini dipromosikan di internet sahaja? Tidak diniagakan di Bursa Malaysia untuk mendapatkan modal pelaburan? Ini adalah asas kepada pelaburan SEBENAR!

    Apa yang anda MESTI tahu dan FAHAM mana-mana syarikat yang menjalankan aktiviti pelaburan di Malaysia mesti terlebih dahulu ada lesen dan kelulusan drp Suruhanjaya Sekuriti (SC)!

    Tak boleh suka-suka buat program dan cipta pakej tertentu dan collect duit orang ramai! Salah tu…!

  4. azizi says:

    salam. boleh tuan kaji pasal perjalanan imuone international sdn bhd. di kawasan saya memang ramai yg join pelaburan ni… tp saya tak join lg coz saya risau kalau2 imuone juga tergolong dalam senarai yg bakal diserbu BNM nti. tolong jelaskan yer…

  5. Thinkerich says:

    azizi,

    Ramai orang menyertai sesuatu pelaburan itu tidak semestinya sesuatu pelaburan itu benar-benar sah disisi undang-undang..

    Begitu juga jika mereka masih membayar pulangan seperti yang dijanjikan (sehingga kini)…itu pun bukan faktor yang boleh membuktikan ianya pelaburan sebenar…

    Skim Cepat Kaya (SCK)akan terus berevolusi selagi ada mereka yang TAMAK,Terdesak dan cetek ilmu pelaburan dan kewangan sebenar..

    Nasihat, saya…jangan SERTAInya…jika Azizi tidak mahu menghadapi kerugian..

    Azizi boleh dapatkan buku Bajet Wang – 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang di http://www.bajetwang.com atau kedai buku berhampiran…

    Saya ada jelaskan bagaimana nak kenalpasti sesuatu program cepat kaya dijalankan..

    Harap ianya membantu ..

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm