Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

JUTAWANCERAMIC | SKIM CEPAT KAYA

Salam pembaca blog yang saya hormati sekalian!

Agak lama saya tidak update kandungan blog ini. Saya mohon maaf, kerana agak sibuk kebelakangan ini dengan rutin harian.

Baiklah kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu perkara yang sangat menarik.

Selepas sarapan pagi tadi, saya buka email macam biasa tengok-tengok email yang dihantar oleh para pembaca blog ini. Banyak juga persoalan yang dikemukakan sama ada yang berkaitan motivasi, kewangan dan masalah hutang…

Erk..saya bukan perunding hutang tetapi setakat beri panduan dan jalan untuk mendapatkan sumber rujukan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut boleh saya usahakan..

Saya akan cuba apa yang termampu…terima kasih kerana bertanya, saya amat menghargainya!

Dalam baca email sempat juga singgah di blog PakDi baca artikel beliau tentang Blogstarz Scam ! dan sempat juga jenguk blog Mohdismail yang turut membicarakan perkara yang sama Blogstarz!

Tapi dalam banyak-banyak email itu saya dapat satu email yang mempromosikan program JutawanCeramics dot com daripada seorang blogger yang saya kira aktif buat duit melalui internet!

Dan blognya boleh kira ramai juga pengunjung dan pembaca setia…dan beliau memang dikenali ramai..?

Saya amat menyukai gaya penulisan blognya yang penuh dengan kisah motivasi untuk mencipta kekayaan…dan pendapatan tambahan!

Tetapi saya amat terkedu a.k.a terkejut bila mana mendapat tahu beliau mempromosi satu program yang menjanjikan pulangan yang agak meragukan dengan pulangan ‘too good too be true..!’

Saya memuji usahanya unuk membantu lebih ramai masyarakat untuk menambah pendapatan tetapi apabila melibatkan sesuatu yang agak meragukan dan lebih mirip kepada SCAM dan Skim Cepat Kaya…saya tidak boleh bertolak ansur!

(SAYA TIDAK BERMAKSUD MENYATAKAN IANYA SKIM CEPAT KAYA / SCAMS –

Sekadar Berkongsi Pandangan Supaya Anda Semua BERWASPADA!)

=====================================

UPDATED TERKINI 23 JULAI 2009!

Bank Negara Malaysia Investigates Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd And Its Related Companies

Bank Negara Malaysia has commenced investigations into Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd and its related companies under Section 25(1) Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA) and Section 4(1) of Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA). Section 25(1) of BAFIA 1989 prohibits any person from receiving, taking, or accepting deposits without having a valid license, whereas Section 4(1) of AMLATFA 2001 prohibits any person from engaging in, or attempting to engage in, or abetting the commission of money laundering activities.

The raid on Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd and its related companies was conducted at the premise of the company in Kuala Lumpur following complaints received from members of the public. Relevant assets and documents of the company were seized for the purpose of investigation.

Members of the public are reminded to be cautious of deposit taking schemes and investment schemes offered through various channels such as the internet, phone calls, or seminars conducted by individuals or companies that are not licensed or approved by the relevant authorities.

Members of the public may refer to the list of licensed institutions authorized to accept deposits which is available on Bank Negara Malaysia’s website ( www.bnm.gov.my ).

For further enquiries, members of the public can contact Bank Negara Malaysia at the following contact points:

BNMTELELINK (Customer Service Call Centre)
Tel: 1-300-88-5465
Fax: 03-21741515
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMLINK (Customer Service Walk-In-Centre)
Block D, Bank Negara Malaysia ,
Jalan Dato’ Onn, 50480, Kuala Lumpur
(Business hours: Monday-Friday, 9.00 am – 5.00 pm)

Bank Negara Malaysia
23 July 2009

===========================================

Kalau apa yang saya perkatakan ini benar-benar berlaku…Ini dah kira kes aniaya orang namanya..beb!

Saya harap beliau cepat-cepat sedar perkara ini…

“Bro…jaga kredibiliti dan nama baik serta kepercayaan orang lain kepada anda! Jangan biarkan orang hilang kepercayaan pada anda, hanya semata-mata anda mempromosikan sesuatu yang tidak baik!”

 

Saya mula meneliti plan pemasaran dan konsep program ini dan untuk pembaca sekalian cuba teliti dan fikirlah secara logik….

Saya sekadar ingin berkongsi pandangan dan buah fikiran saya supaya anda dapat berfikiran dengan akal yang waras dan rasional sebelum bertindak menyertai program ini.

Pertamanya, anda diminta untuk berfikiran secara terbuka dengan pandangan daripada blog mungkin Scams – Jutawan Ceramics HYIP yang Di Legalkan!

Tolonglah berfikiran waras!

Persoalan saya ! Laris benar perniagaan ceramics di musim kemelesatan ekonomi global nih!

Siapa yang sanggup beli sebegitu banyak ceramics ye?

Boleh buat bisnes barter trade ka selepas ini?
Mereka yang tidak arif dengan dunia dan konsep perniagaan sebenar mungkin mudah benar tertipu dengan trick sebegini…

Nasihat saya kepada rakan saya dan semua agar hentikanlah dalam melakukan perkara-perkara sebegini…

Sudahlah dan hentikanlah kepercayaan karut anda untuk mengajak orang ramai menjadi kaya dengan cepat hanya dengan menyertai program jual ceramic nih, macam tu ramailah orang jadi jutawan dalam keadaan ekonomi yang meleset sekarang ni!

Apa yang saya nampak program ini sebenarnya mungkin ingin mengambil kesempatan ke atas kemelesetan ekonomi semasa.

Iyalah, kos sara hidup meningkat, gaji takat tu jugak…jadi mulalah tercari-cari kerja mudah yang boleh di’join’ ..

Dan perhatikan ‘tagline’ nya “santai-santai dan tanpa berpeluh”..haa..haa.haa  😉 bunyinya pun dah ala-ala HYIP!

Yang santai-santai tanpa  berpeluh tu..orang dah KAYA…!

Yang sertai SKIM CEPAT KAYA……mulai berpeluh apabila bayaran yang dijanjikan tidak kunjung tiba :)

Dan yang menariknya, webjualannya tiada memaparkan Lembaga Pengarah ! Pemilik atau pun mereka yang bertanggungjawab ke atas syarikat tersebut! Cuba fikirkan..!

Dan wujudnya lebih daripada satu laman web yang berbeza tetapi memaparkan kandungan yang hampir sama ceramicclub.net dengan jutawanceramics.com

Dan lagi webjualan jutawanceramics.com tidak pula membuat rujukan kepada webjulan syarikat ceramics yang di dakwa itu..

Dan lagi kenapa nama pendaftaran syarikat yang tertera pada laman web jutawanceramics.com  iaitu JC UNIQUE ENTERPRISE  tidak memaparkan NO. PENDAFTARAN PERNIAGAAN yang SAH!

(tapi pemilik domain ni dah tukar syarikat kepada Pusat Agensi Ceramic Bussines Club Terengganu pulak doh! guane plok tu??? Siap dengan address tapi masih tetap tidak menampilkan Nombor pendaftaran perniagaan yang sah!)

TERKINI : LAMAN WEB DI ATAS TIDAK DAPAT DI AKSES!

Itu merupakan satu kesalahan dalam Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001)- kehendak APP 1956 & KKPP 1957 – Kaedah 13(2) KKPP 1957 – Sek12A dan boleh dikenakan denda RM10,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali..

Atau Syarikat yang dinyatakan itu sebenarnya tidak WUJUD? suka-suka je pakai letak…ha.!

Berhati-hatilah…

Goucera sebuah company yang terkenal dengan perniagaan jubin dan seramik pun tidak membuka peluang kepada orang ramai untuk memasarkan produknya dengan kaedah sebegini!

Kenapa? Kerana kosnya terlalu tinggi dan satu lagi mereka terpaksa berkongsi keuntungan dengan orang lain yang tidak buat apa-apa?

Tak pernah ada dalam dunia ini, sama ada orang atau pun company yang berniaga memberi lebih banyak keuntungan kepada orang lain berbanding mereka yang hanya menjalankan perniagaan!

Ingatlah, jika anda semua masih lagi menerima email, sms, pujukan dan ajakan kawan-kawan yang bermulut manis dan bercakap berdegar-degar tentang pulangan yang singkat, saya nasihatkan sekali lagi agar lari jauh-jauh.

Bawa-bawalah untuk berfikir secara waras. Tiada sesiapa pun yang sudi berkongsi keuntungan dan kekayaan dengan anda.

Mereka mempelawa anda dengan nada ‘berkongsi’ tetapi jauh di lubuk hati mereka tidak lain hanya semata-mata untuk mendapatkan komisen hasil daripada wang yang anda keluarkan dan peserta lain di bawah mereka. Last-last mereka yang terdahulu juga untung.

Yang menyertainya kemudian sekadar berputih mata dan pulangan yang dijanjikan ntah kemana, wang simpanan pun hangus begitu sahaja.

Jadi nasihat saya jika anda ingin menjadi kaya tambahkan pengetahuan kewangan anda.

Belajar bagaimana kekayaan sebenarnya boleh diperolehi daripada mereka yang telah menjadi kaya.

Jangan sekali-kali belajar daripada mereka yang ‘mengajak anda untuk menjadi kaya!’ Kerana mereka ini tiada lain semata-mata untuk menjadikan anda mangsa pembohongan mereka.

Ingatlah bahawa fenomena ‘cepat kaya’ ini akan terus wujud dari masa ke semasa. Cuma gaya dan taktik mereka sahaja yang berbeza dengan kaedah yang lebih licik untuk memperbodohkan kita semua.

Jadi berfikiran kaya’lah selalu dan bukannyacepat kaya!’ :)

Salam kekayaan

THINKERICH

Be Sociable, Share!
Responses are currently closed, but you can trackback from your own site.

8 Responses to “JUTAWANCERAMIC | SKIM CEPAT KAYA”

  1. kotarominami says:

    thanks for the info.

  2. desert says:

    Salam,
    Saudara.Terima Kasih kerana komen anda tentang Jutawan Ceramic.

    Sy ingin tambah kan sedikit info untuk rujukan saudara dan sedikit pandangan peribadi untuk dikongsi bersama.
    Untuk makluman nama Syarikat yang memepromosikan Ceramic Business Club adalah Syarikat:
    Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd(780794-T)
    Manakala Jutawan ceramic pula adalah 3rd Party website Untuk Syarikat.3rd Party website adalah salah satu website hasil usaha agen sendiri untuk memberi Info yang lebih dan mempromosikan Ceramic Business Club.Selain website jutawan ceramic ada banyak lagi website2 lain dan mugkin lebih 10 website yang dibuat sendiri oleh Agen.Contohnya macam agen insuran Takaful nak promote insuran dan buat website sendiri.

  3. Thinkerich says:

    Desert,

    Terima kasih di atas penjelasan …

    Tujuan utama pendedahan yang dibuat adalah untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada masyarakat tentang perlunya perhatian dan pertimbangan yang wajar sebelum menyertai mana-mana program yang menjanjikan pulangan keuntungan mudah untuk buat duit yang agak meragukan aktivitinya.

    Biarlah pihak berkuasa seperti SSM dan KPDNHEP menjalankan penyiasatan mereka terhadap aktiviti perniagaan ini. Jika penyiasatan mendapati ianya tidak melanggar akta, peraturan dan undang-undang semasa itu tidak menjadi masalah.

    Harus diingat sesuatu program yang masih membayar keuntungan kepada peserta mereka ketika itu tidak semestinya sah di sisi undang-undang kerana kita sendiri pernah lihat bagaimana program dan skim pelaburan seperti Pak Man Telo, SwissCash, Noradz Travel, BuluhMas dan sebagainya akhirnya menemui jalan penamatnya!

    Akhir kata, kepada mereka yang menyertai program ini dan yang nak sertainya, terpulanglah kepada anda untuk menentukannya sendiri berdasarkan pertimbangan dan risiko anda sendiri. Saya sekadar memberi pesanan dan ingatan agar tidak terlalu ramai yang menjadi MANGSA penipuan.

    Selamat membuat pilihan yang tepat!

  4. dauz says:

    bagi mereka yang tidak faham konsep syarikat ni, CONFIRM akan fikir too good to be true, itu la, ini la. tapi bila diteliti betul2, bisnes ceramic ni x ubah seperti jualan RUNCIT, cuma skalanya lebih besar. kalau ceramic ini dikatakan salah, abis tu mak cik yg jual milo kat kedai runcit dia pon dikira scam?

    di sini barulah guna akal dan logik.

    bisnes ini tak mengutip deposit secara haram (mana ada syarikat yg ada lesen mengutip deposit. cuma BANK je yg ada).

    ini bukan MLM

    bukan direct-selling

    nak kata affiliate program pon bukan..

    tapi inilah namanya RUNCIT.

    susah sgt ke nak phm. adoi

  5. Thinkerich says:

    dauz,

    Terima kasih kerana membantu memberikan penjelasan dan perbandingan yang menarik antara perniagaan runcit menjual milo dengan bisnes ceramic nie!

    Erks,..! antara MILO dengan ceramic, sudah tentulah permintaan ke atas MILO lebih tinggi daripada ceramic… ?

    …sebabnya semua orang pernah minum MILO, beli MILO dan saya percaya saudara pun pernah meminumnya dan membelinya…

    Tapi bab ceramic ni saya rasa tak semua orang mampu beli atau yang nak beli sebab bukan satu keperluan, kalau setakat dua tiga empat set satu keluarga tu bolehlah…tapi kalau dah banyak sangat nak buat apa agaknya yer?

    Nak kira bahan komoditi macam emas,perak dan tembaga bukan juga?

    Kalau ianya bahan yang sentiasa digunakan selalu macam MILO..he..he..adalah logiknya juga ianya menjadi permintaan yang tinggi..sebab bila dah minum ianya habis, nak minum lagi kena beli lagi …tapi ceramic?????

    Melainkan kalau pecah..beli lagi…pecah ..beli lagi..!
    Jangan marah ha..! Ini saya punya pandangan…

  6. dauz says:

    yang milo tu hanya contoh je, byk lagi contoh lain yang boleh dikaitkan. macam TV, mahal beribu-ribu, berapa kali je beli seumur hidup? tapi masih jugak penjual tv untung. syarikat pengeluar tv pon untung. mmg sy akui, permintaan ceramic ini mungkin boleh dipertikaikan. tapi setiap syarikat ada strategi marketing yg tersendiri, sama lah mcm Asia Ceramic. marketing dia stail ni (guna ceramic business club), syarikat lain marketing nye stail lain pula. last2 siapa yg untung? syarikat dan pelanggan.

    sekadar pandangan sy..

  7. Thinkerich says:

    Dauz,

    Terima kasih kerana memberi pandangan…

    TV juga dah jadi keperluan, boleh dikatakan rata-rata setiap rumah ada satu ..

    Tapi ceramic belum lagi la kot..

    Dalam bisnes ni yang untung kebanyakannya adalah pemilik perniagaan dan juga pemegang sahamnya…pembeli untung pakai jelah…

  8. hantu says:

    ok macam ni je la.simple sahaja menyelesaikan persoalan bisnes ni.

    macam mane ko tahu ceramic ni kurang demand? xde market?
    aku nk ckp pasal market ebook, uv website ni, aku xleh nak cakap apa2 sebab aku x tahu apa2 pon pasal demand and traffic website ni.

    Macam mana ko tahu demand milo lebih bnyk daripada ceramic? ada statistik ke ko buat?dah buat kajian? memang x munasabah ko compare produk minuman dgn produk household/decoration.

    tv plak? memang la tv keperluan, tp semua orang ada tv ke? kalo rosak still kena beli yang baru ma.

    Tuan thinkerich ni pakar ke dlm industri ceramic/decorative? cuba kita ambil contoh hotel/restaurant terkemuka. kan bnyk je barang2 ceramic/kaca/marble kat situ. pernahkah kita ambik tau pasal jenama and dari mane ia datang?
    Kalau ada barang ceramic/decorative rosak/pecah, mesti replace yang baru kan?mungkin ada kontrak hotel tu kena beli yang baru setiap 6/12 bln. Same juga peralatan elektrik,tv, perabot mahal2, tuala, pen, pintu, kipas, cadar.mesti kena ganti yg baru jgk kan?xkan nk pakai yang sama smpi 10 tahun.
    Ini market and demand bagi industri hotel/restaurant.

    Milo market dia market milo la- orang mcm kita, kedai makan etc
    Kalau restaurant mahal tu, jenama jenis kopi pon kita xtau dia pki apa.still mahalkan air dia???
    pernahke ko pergi secret recipe, ko tny ko pakai kopi jenama ape? mungkin memang ada jenama kopi di mana market diorg adalah restaurant yg mahal2.aku x tahu

    Satu lagi kita ambik lori la. pernahke tuan tau pasal market dlm industri lori ni? component2/sparepart lori tu jenama ape? mesti tokey component jenama company ntah ape kaya raya. aku memang x tau ape2.

    So, tny diri balik, tahukah rumah yg anda duduk tu bahan2 dia daripada company mane? batu bata datang dari mana. Ini market dlm industri pembinaan plak.

    Setiap industri ada market and demand tersendiri la. xkan market video game demand milo tinggi???
    xkan market hotel demand component2 lori yg tinggi???
    xkan market perikanan perlukan ceramic plak???

    Kenapa aku letak tanda soal? sebab aku memang x tahu.
    Kenapa aku x tahu? sebab aku x pernah buat research.
    Tapi ini yg aku cerita ni adalah basic dlm bisnes.
    Kalo ada bukti and knowledge, lagi bagus. br kitorang salute. biarla orang mencuba daripada x mencuba..selagi ia peluang apa salahnya kan??

    SAVERS ARE LOSERS – Robert T Kiyosaki

  9. … [Trackback]

    […] Find More on to that Topic: pemikirkaya.com/skim-cepat-kaya/jutawanceramic-skim-cepat-kaya/ […]

  10. … [Trackback]

    […] Read More Info here to that Topic: pemikirkaya.com/skim-cepat-kaya/jutawanceramic-skim-cepat-kaya/ […]

  11. … [Trackback]

    […] Read More on that Topic: pemikirkaya.com/skim-cepat-kaya/jutawanceramic-skim-cepat-kaya/ […]

  12. … [Trackback]

    […] There you can find 90590 additional Information to that Topic: pemikirkaya.com/skim-cepat-kaya/jutawanceramic-skim-cepat-kaya/ […]

  13. … [Trackback]

    […] Information on that Topic: pemikirkaya.com/skim-cepat-kaya/jutawanceramic-skim-cepat-kaya/ […]

  14. … [Trackback]

    […] Info on that Topic: pemikirkaya.com/skim-cepat-kaya/jutawanceramic-skim-cepat-kaya/ […]

  15. … [Trackback]

    […] Find More on that Topic: pemikirkaya.com/skim-cepat-kaya/jutawanceramic-skim-cepat-kaya/ […]

  16. … [Trackback]

    […] Read More on that Topic: pemikirkaya.com/skim-cepat-kaya/jutawanceramic-skim-cepat-kaya/ […]

  17. Ada says:

    … [Trackback]

    […] Information on that Topic: pemikirkaya.com/skim-cepat-kaya/jutawanceramic-skim-cepat-kaya/ […]

  18. … [Trackback]

    […] Read More on that Topic: pemikirkaya.com/skim-cepat-kaya/jutawanceramic-skim-cepat-kaya/ […]

  19. … [Trackback]

    […] Read More here on that Topic: pemikirkaya.com/skim-cepat-kaya/jutawanceramic-skim-cepat-kaya/ […]

  20. rehab says:

    … [Trackback]

    […] Find More Information here to that Topic: pemikirkaya.com/skim-cepat-kaya/jutawanceramic-skim-cepat-kaya/ […]

  21. warnetqq says:

    … [Trackback]

    […] Read More on to that Topic: pemikirkaya.com/skim-cepat-kaya/jutawanceramic-skim-cepat-kaya/ […]

  22. porn says:

    … [Trackback]

    […] Information to that Topic: pemikirkaya.com/skim-cepat-kaya/jutawanceramic-skim-cepat-kaya/ […]

  23. … [Trackback]

    […] Read More to that Topic: pemikirkaya.com/skim-cepat-kaya/jutawanceramic-skim-cepat-kaya/ […]

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm