Salam pembaca blog pemikirkaya,
Apa khabar? Saya baru pulang dari KL (Maaf lama tak update blog ni) setelah selesai menandatangani perjanjian dengan pihak True Wealth Sdn. Bhd.(Oh, ya bagi mereka yang tak kenal dengan True Wealth Sdn. Bhd ianya adalah syarikat milik Saudara Azizi Ali, Jurulatih Jutawan, dan juga penulis buku Jutawan Dari Planet Jupiter yang terkenal tu!)
Tapi cerita hari ini tiada kena mengena dengan True Wealth dan Saudara Azizi Ali, tetapi nak kongsi sedikit pengalaman sepanjang beberapa hari di KL.
Di sana saya bertemu dengan sanak saudara, dan pekena teh tarik kat kedai mamak! Fuh..best..(Erk kat Labuan teh mamak tak menjadik!
Jadi bercerita sakanlah pasal bisnes dan pelaburan dan juga pasal ekonomi yang suram ini..
Dalam-dalam asyik-asyik bercerita tu, salah seorang saudara saya pulak buka cerita pasal pelaburan yang baru disertai..katanya lumayan ..
Saya tanya melabur dalam apa, komoditi, Opsyen atau Futures?
Tak jawabnya dalam ‘ceramics’!
Erks..tersedak saya dibuatnya…
Ini sah Skim Cepat Kaya yang saya dedahkan dalam post saya terdahulu..(demi menjaga tatasusila blog ini, post tersebut terpaksa di batalkan kerana terlalu ramai yang sakit hati dengan kenyataan dan pendedahan saya, mereka terlalu emosi dan mencarut yang bukan-bukan dalam ruangan komen blog ini! Tak senonoh betul lah dia orang nih!)
Kata saudara saya lagi dengan penuh ‘confident’nya, kawan dia kini dah ada 6 buah kereta yang dibelinya(Erks..orang kita ni, asal banyak duit sikit beli kereta lebih daripada keperluan! Boleh ke bawak kereta 6 buah sekaligus?) sejak menyertai program ini dari tahun lepas lagi..
Katanya lagi, kawannya tersebut sekarang ni goyang kaki sahaja dah boleh dapat RM40,000 dalam perniagaan seramik tersebut yang menggunakan …’sell back policy’ katanya..
Wah..wah..wah hebat bunyinya bukan…dari mana hasil keuntungan yang begitu tinggi hanya daripada menjual seramik tu?
Tak perlu buat apa-apa pulak tu? Bukankah ianya bunyi seperti Skim Cepat Kaya? (Memang Skim Cepat Kaya pun!)
Saya bertanya kepada saudara saya tersebut, apakah beliau pernah tengok sendiri seramik tersebut?
Tak pernah! Katanya.
Nak buat apa! Kan dia kasi ‘sell back policy’…suruh company jual ajelah…
Kita tunggu pulangan je..kalu nak hebat lagi, cari orang dan promo suruh join dengan kita..lagi banyak komisen yang kita dapat…
Baiklah, kata saya!
Jika benar, bolehkah company menunjukkan rekod jualan seramik mereka yang meletup-letup itu, hingga dapat bayar komisen tanpa buat kerja kepada seseorang sampai puluhan ribu RM!
Ntah, tak adalah pulak..
Baiklah, berapa dah u melabur? Tanya saya ingin dapat kepastian..
Errks…RM900.00!
Tapi saya dah dapat RM400.00..
Bagus, jawab saya! Berdoalah agar anda dapat pulangan modal dalam masa terdekat ini, dah berhentilah selepas itu…
Simpan wang tersebut, tunggu buku saya diterbitkan, gunakan sebahagiannya untuk beli buku saya. Anda akan dapat maklumat sebenar tentang pelaburan dan skim cepat kaya selepas itu..!
Apa yang penting, gunakan duit itu untuk melabur pada diri sendiri dulu..
Saudara saya terus terlopong dan terpinga-pinga *%#*&%@#$!@$???

Posted in 








Apa yang menarik adalah,
“Orang melayu nie asal ada duit jer beli kereta”
Hahahahaa.. Bebanyak keta wat per..
Kwn sendiri maleh nak join dah benda2 mcm nie.. Bukan er.. Focus IM jer skrg..
Hasil lambat.. Tapi pasti akan tiba jua..
x sabar nk tunggu buku keluaran ko hahahahahahahhaa
apakah tajuk buku saudara tu…?
bluezone,
7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang(subtitle)…