Salam pembaca blog,
Pertama sekali saya nak ucapkan selamat bercuti kepada mereka yang bekerja office hours…
Minggu lepas dah kerja 4 hari seminggu…sebab Jumaat lalu cuti Maal Hijrah…Awal Muharam
Hari ini, Jumaat 25 Disember 2009, cuti juga -Krismas..
Dan Jumaat depan 1 Januari 2010, cuti lagi..Tahun baru (tidak termasuk Terengganu, Kelantan & Kedah)…
Selamat bercuti dan isikannya dengan aktiviti yang berfaedah dan menguntungkan…
Hari ini saya terbaca kisah Skim Cepat Kaya lagi…
Hai…apa nak jadilah dengan masyarakat kita ni…nak wang mudah aje…usaha buat bisnes dan laburkan ke tempat yang betul-betul sah tak dibuatnye…
Nak yang senang dan mudah dapat duit aje…
Ini kisah Skim Cepat Kaya yang katanya buat pelaburan melalui francais restorannya…
Taglinenya lebih kurang bunyinya “Makan-makan pun boleh dapat duit..”
Lebih kurang macam tulah bunyinya…
Janji boleh dapat bayaran balik keuntungan setiap bulan, dan siap dapat voucher makanan percuma lagi…
Hai…hairan-hairan, orang kita ni…cetek benar ilmu pelaburan dan kewangan mereka…
Yang mereka nampak pelaburan yang menjanjikan pulangan wang ringgit segera sedangkan pelaburan ke atas ilmu kewangan untuk dijadikan sebagai bekal di dada diabaikan…
Sepatutnya kita sebelum melabur, belajar dan cari ilmu kewangan dan pelaburan terlebih dahulu…
Barulah lah tak mudah tertipu dan terpedaya dengan pelbagai skim dan program cepat kaya yang semakin canggih akhir-akhir ini…
Namun yang agak menyedihkan, ada juga di kalangan mereka yang bijak pandai dan berlatar belakangkan kewangan terjebak sama…Rabun Mata kut dengan janji manis pulangan wang yang besar?
Hai..macam-macam… yang dah celik kewangan jadi rabun balik, yang dah rabun tu terus jadi buta dek kerana penangan skim cepat kaya nih…
Saya pun dah tak tahu nak sarankan apa lagi kat orang macam ini…
Apabila kita sarankan merancang dalam pelaburan yang benar-benar sahih, mereka kata nanti dulu tak ada duit..
Tapi bila ada skim dan program skim cepat kaya yang baru dilancarkan…cepat-cepat mereka sertainya…ada pulak duit?
Saya harap para pembaca blog pemikir kaya bukanlah sebahagian daripada mereka ya!
Sebabnya saya dah panjang lebar cerita pasal skim cepat kaya nih..siap ada kategori khusus untuknya…
Jika dah lupa atau masih kurang faham…boleh rujuk balik dalam kategori Skim Cepat Kaya..
Ada banyak tips yang saya sediakan…baca, fahami dan ambil iktibar darinya..
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








assalamualaikum…
Tumpang tanya encik thinkerich….apa pandangan encik tentang skim ceramik yang menjanjikan pulanagn hampir setiap bulan dari serendah rm50, halal tak?tima kasih
Anis,
Apa sahaja skim yang menjanjikan pulangan mudah yang meragukan tanpa perlu kita menjual sesuatu produk kemungkinan besarnya adalah skim cepat kaya..