Salam pembaca blog pemikirkaya!
Jika tahun 2007 heboh pasal pelaburan internet, kini muncul pula trend terbaru orang yang sedang mabuk mencari wang dan duit segera dengan menyertai perjudian internet pula.
“Bro, aku baru menang RM42,820.00!”, jerit seorang kenalan kepada saya!
“Main benda nih, prinsipnya mudah jangan tamak! Tapi duit yang aku dapat, aku tak buat belanja, buat bayar hutang je!”ujarnya lagi dengan penuh bangga!
“Ramai yang main benda nih, aku dah 3 tahun main benda nih. Setakat nak dapat RM200 sehari tu mudah aje. Minggu lepas, Zul menang RM167,000.00 kemudian Mamat menang RM250,00.00,”katanya lagi seolah-olah cuba mempengaruhi saya untuk turut serta!
“Maaf saudaraku, anda perlu sedar yang HARAM tetap HARAM, jangan pandai-pandai meminda HUKUM ALLAH, kelak besar azabnya nanti!” jelas saya dengan nada yang agak kecewa.
Saya cuba menyedarkan kenalan lama saya yang nampaknya telah jauh terpesong!
Dia terus diam membisu, wajah ceria dan ghairahnya tadi mula bertukar..agaknya baru tersedar, antara yang Halal dan Haram!
Alhamdullilah, setelah saya menasihatinya, nampaknya beliau mulai sedar akan kesilapannya itu.
Saya minta beliau segera bertaubat!
Tuan-tuan dan puan-puan para pembaca yang saya hormati sekalian!
Lihatlah betapa hari ini, ramai yang mulai lupa dan tidak tahu membezakan di antara yang halal dan haram hanya kerana dikuasai oleh wang dan hutang!
Benar, hasil perjudian yang haram itu tidak digunakan untuk makan minum tetapi harus diingat, jika digunakan membayar hutang sekalipun ianya tetap tidak boleh!
Ini kerana wang tersebut digunakan untuk membayar balik perbelanjaan dan keperluan keluarga yang telah digunapakai sebelum itu. Menggunakannya samalah seolah-olah menanggung keperluan keluarga dengan hasil judi yang haram!
Bayangkan jika hasil daripada wang haram perjudian tersebut digunakan untuk membayar hutang pinjaman pembiayaan kereta, maka secara tidak langsung kereta yang digunakan tersebut telah bercampur dengan wang haram!
Bayangkan kereta yang dipandu yang digunakan untuk mencari rezekiĀ saban hari adalah hasil judi, maka sudah tentulah rezeki halal yang dibawa balik untuk keluarga juga sudah tidak menjadi bersih lagi, apatah lagi untuk disuap kemulut ahli keluarga.
Begitu juga dengan harta haram dan perjudian ini, pada kebiasaanya kedudukannya tidak akan kekal lama.
Pasti akan ada sahaja musibah yang melanda ke atas harta daripada punca haram ini.
Saya pernah beberapa kali mendengar cerita tentang wang hasil perjudian ini yang digunakan untuk membeli harta.
Salah satu kisah yang masih segar diingatan saya berkenaan seorang pemuda yang memenangiĀ hadiah ratusan ribu ringgit daripada perjudian yang dilakukannya. Jumlah wang yang besar tersebut digunakan untuk membina sebuah banglo di kampung halamannya.
Namun begitu tidak sampai beberapa bulan mendiami rumah berkenaan, rumah tersebut hancur lebur terbakar akibat dipanah petir. Mujurlah pemuda dan keluarganya dapat menyelamatkan diri.
Itulah salah satu tanda kemurkaan Allah s.w.t kepada hambanya yang melakukan perbuatan mungkar.
Jadi saranan saya, jika mahu cari wang dan rezeki itu, biarlah yang halal. Sebenarnya banyak lagi usaha dan kerja yang boleh dilakukan untuk menambahkan pendapatan daripada sumber yang halal.
Jangan terikut-ikut dengan ajakkan teman.
Ingat teman yang baik sentiasa mengajak kepada kebaikan, manakala kawan yang “tunggang terbalik” membawa ke jalan kemungkaran!
Wassalam…

Posted in 








entah la ,rasanya zaman skrg ni manusia yg beragama islam khasnya dah x peduli pasal halal haram lg,bkn itu saja malahan aktiviti nombor ekor pun dah semakin berleluasa.dah xda segan silu,mereka seolah2 bangga dgn apa yg mereka buat…nauzubillah.harap kita dapat membimbing keluarga kita kejalan yg diredhai…amin
Itu le akibatnya bila tamak dah mula menguasai akal. Memang cerita sebegini saya pernah dengar. Pernah juga dulu ada di antara rakan² saya terlibat dengan aktiviti haram tersebut.