Salam pembaca blog pemikirkaya!
Apa khabar? Semoga sihat hendaknya. Bertemu lagi kita pada kali ini!
Minggu lalu sewaktu berada di KL, saya berkesempatan singgah sekejap di sebuah syarikat penerbitan buku yang cukup terkenal.
Hmm…untuk makluman para pembaca semua, saya lebih suka beli buku terus dari penerbitnya kerana saya boleh dapat diskaun sehingga 25% berbanding di kedai-kedai buku biasa hanya sekitar 10% sahaja…Mmm…itu pun kalau pekedai bagi…jarang-jarang je dapat!
Baiklah berbalik kita pada cerita di atas, ketika saya sedang membelek-belek beberapa buah buku untuk dibeli, saya didatangi oleh salah seorang kakitangan syarikat penerbit buku tersebut yang menyapa saya dengan ramah…
Beliau bertanyakan tentang pekerjaan saya..
Hmm..pada mulanya saya ingat pertanyaan biasa …tetapi ada ‘udang di sebalik mee’
Saya dengan spontan menjawab, “Saya menjalankan Perniagaan Internet!”
Tiba-tiba tanpa segan silu, beliau terus ‘masuk jarum’ memperkenalkan program ‘bisnes internet’ yang disertainya kepada saya…
Mulalah beliau menunjukkan akhbar tabloid yang memaparkan kisah bisnes internet yang disertainya memaparkan kisah kejayaan dan juga bentuk operasi bisnes mereka dalam satu muka surat besar..
Hmm..tuan/puan, untuk pengetahuan semua, baik akhbar tabloid atau akhbar nasional…kita boleh beli….nak paparkan satu muka surat ke? 2 muka surat ke? Tak kisah yang penting anda sanggup bayar…
Jadi mereka yang tak tahu mungkin anggap ianya benar-benar sesuatu yang HEBAT..!
Iyelahkan…kalau tak hebat dan tak benar…takkan boleh masuk ‘paper’ kot…?
Tapi saya masih ingat lagi pada sekitar tahun awal 2007, di mana ketika itu pelaburan internet haram sedang hangat diperkatakan…
Ada sebuah program pelaburan internet yang mendakwa ditubuhkan dan diasaskan oleh pelabur terkaya dunia Warren Buffet (Hmm..sebenarnya Buffet tak tahu menahu pun yang namanya telah digunapakai secara salah untuk promote pelaburan internet di Malaysia!)
Cerita pelancaran tersebut dipaparkan di FRONTPAGE!
Ya, muka hadapan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris!
Mahu tak.. ramai yang percaya giler tentang kebenarannya!
Maka berpusu-pusulah orang ramai yang cetek ilmu pelaburan dan juga ilmu pengiklanan dan pemasaran ini ‘meleburkan’ duit mereka dalam pelaburan tersebut..tak sampai 2 bulan ..program tersebut LINGKUP!!!
Ok, baiklah.. berbalik pada cerita saya tadi..sebenarnya apabila saya membaca paparan satu muka tentang bisnes internet tersebut…saya dah mula ragu-ragu..
Pertamanya, saya tak pernah dengar nama company tersebut dalam mana-mana forum perniagaan internet sepanjang saya menceburi perniagaan internet lebih kurang 2 tahun kebelakangan ini..
Keduanya, nama domain yang digunakan langsung tak komersial dan nampak sangat macam ‘SCAM”
Ketiganya, mereka kata bukan MLM tetapi minta cari 3 orang (kalau 2 orang – Sistem Binari yang sahlah Skim Cepat Kaya!) sebaik menyertainya dengan yuran RM170 kalau tak silap saya, dan yang tambah pelik lagi mereka tak jual produk sebaliknya jual iklan…
Hmm..jual iklan tapi saya tak nampak pula diaorang suruh ahli mereka cari company atau mana-mana perniagaan untuk mengiklankannya pada laman web dia orang…sebaliknya rancak suruh cari orang join dengan yuran tertentu..ya ..cari 3 orang je katanya.!
Kemudian setiap ahli boleh dapat ebook ‘sampah’ percuma dan juga sistem SMS…Hmm tak ada kena mengena langsung dengan operasi syarikat pengiklanan..
Lepas tu jual nama selebriti dan artis-artis lama yang dan pencen..Hmm..untuk meyakinkan bakal pelanggan mereka lah tu kot…
Dan yang lebih menyakinkan saya program ini, adalah Skim Cepat Kaya apabila beliau menggunakan ungkapan;
“Jangan bimbang, Company ini diasaskan oleh Pengerusi Direct Selling Association of Malaysia (DSAM)...”
Saya lupa pulak apa nama yang disebutnya, tetapi yang pasti berbunyi nama orang melayu!”
Tetapi setahu sayalah dalam board of director DSAM, President DSAM setakat ini adalah Paul Yee, iaitu General Manager Amway (Malaysia) sdn. bhd.
Kalau ada pun dalam Board of Director DSAM hanya seorang sahaja melayu iaitu Zakaria Daud, Sales Director Avon Cosmetics(M) Sdn. Bhd. itupun hanyalah ‘board member’…
Kemudian tanpa rasa segan silu beliau pun dengan bangganya memberitahu beliau yang baru 2 minggu sertai program ini dah berjaya dapat RM6,000.00 dan akan berhenti minggu depan..
Hmm… kesiannya saya pada dia…dapat kerja elok-elok, tapi kini nak berhenti kerja untuk buat kerja cari orang…
Tuan/puan…Ingatlah pesan saya ini, jika sesuatu program itu menjanjikan duit mudah hanya dengan CARI ORANG , dan bukannya JUAL PRODUK/PERKHIDMATAN ….sahlah itu Skim Cepat Kaya namanya..maka berhati-hatilah..
Hai..macam-macam bentuk skim cepat kaya ada pada zaman nih ;(

Posted in 








Ramai betul nak jadi jutawan segera..macam mee segera pulak ya…biasa la kalau duit dah mula mengaburi mata
peminatjutawan,
Hmmm…gitulah adatnya orang kite