Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

20 INDIVIDU TERKAYA DI DUNIA 2009

Salam pembaca blog pemikirkaya.

Majalah Forbes baru-baru ini telah menyenaraikan kedudukan Billionaire bagi tahun 2009 dan jika dilihat Bill Gates nampaknya kembali merampas kedudukan individu terkaya di dunia pada tahun 2009 selepas pada tahun lalu beliau berada di tempat ketiga. Nampaknya kesan kejatuhan ekonomi dunia dan kelembapan pasaran saham dunia menyebabkan kekayaan Warren Buffet yang mengunggulinya pada tahun lalu turut jatuh. Berikut kedudukan Billionaire bagi tahun 2009 :-

1. Bill Gates (AS$40 bilion – Microsoft – Amerika Syarikat)

2. Warren Buffett (AS$37 bilion – Berkshire Hathaway – AS)

3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion – Telecoms – Mexico)

4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion – Oracle – AS)

5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion – Ikea – Sweden)

6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion – Aldi – Jerman)

7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion – Petrokamia – India)

8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion – Besi – India)

9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion – Aldi – Trader Joe’s – Jerman)

10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion – Zara – Sepanyol)

11. Jim Walton (AS$17.8 bilion – Wal-Mart, AS)

12. Alice Walton (AS$17.6 bilion – Wal-Mart – AS)

13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion – Wal-Mart, AS)

14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion – Wal-Mart AS)

15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion – LVMH – Perancis)

16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion – Hong Kong)

17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion – Bloomberg, AS)

18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion – Hennes and Mauritz, Sweden)

19. Charles Koch, AS$14 bilion – Pembuatan, Tenaga – AS)

20 David Koch (AS$14 bilion) – Pembuatan, Tenaga – AS)

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “20 INDIVIDU TERKAYA DI DUNIA 2009”

  1. MIJI says:

    Salam sukses,

    Harap thinkerich sudi ke blog saya dan download e-book pertama saya iaitu “50 KATA-KATA HIKMAH”.Harap e-book ini dpt memberikan serba sedikit manfaat kepada kita,insya-Allah. :)

    http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/

  2. azezul says:

    x jumpa pun nama awak kat senarai di atas.

  3. Thinkerich says:

    Azezul,

    Oh, nama saya tak der yer!

    Maafkan saya lupa nak bagi tahu! Saya tak bertanding dalam Carta tersebut :)

  4. azezuul says:

    macamana mahu kaya jikalau saudara hanya menggelarkan diri saudara pemikirkaya.berfikir sahaja tidak mencukupi tapi memerlukan tindakan yang berhasil.itu yang dikatakan berfikir tanpa bertindak…nak bertanding macamana? saudara mmg kenal billgate atau warren buffet..? tp adakah warren buffet dan bill gate kenal akan saudara thinkerich???

    itulah yang dimaksudkan oleh soalan saudara azezul td, mahu orang lain menjadi kaya dengan fikiran sahaja? sama la umpama menyuruh anak solat tetapi bapa pun solat tunggang terbalik.jalan yang terbaik ialah kita perlu dapat motivasi dan dorongan daripada mereka yang layak.

    kalo setakat artikel biasa-biasa itu atau buku-buku motivasi jalanan seperti itu belambak-lambak dan mudah didapati di sana-sini.sekian.terima kasih.

  5. Thinkerich says:

    Azezul,

    Owh..terima kasih di atas pandangan saudara/i!

    Benar, berfikir tanpa bertindak tidak memadai tetapi bertindak tanpa berfikir lagi MERBAHAYA!

    Gunakan akal fikiran untuk berfikir bagi kebaikan diri dan masyarakat…

    Motivasi terbaik adalah dari dalam diri sendiri…
    Ini kerana tidak kira walau sehebat mana pun motivator itu, jika kita tidak bertindak dan berubah ianya langsung tidak memberi makna!

    Motivator yang layak dan hebat tidak mencukupi jika kita sendiri tidak bertindak!

  6. saya tertarik dengan komen dari azezuul,, rasanya sebagai umat islam memang kita harus menjadi kaya,, tapi tak perlulah kita nak menonjolkan nama sebagai mereka-mereka semua,, kerana bukan itu yang kita kejar,, hidup kita bukan hanya dicipta untuk itu sahaja,, kerana kita tak seperti mereka,, kita perlu kaya tapi tak perlu menunjuk ;)

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm