Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

999 JUTA UNIT AMANAH SAHAM MALAYSIA HABIS DIJUAL DALAM MASA SETENGAH HARI!

Salam pembaca blog pemikirkaya,

Pada hari Isnin yang lalu, Perdana Menteri 1Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan tawaran unit tambahan Amanah Saham Malaysia (ASM)  sejumlah 3.33 billion pada Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) yang berlangsung di Johor Bharu.

Daripada jumlah itu, 999 juta unit kuota yang ditawarkan  kepada kaum Cina habis dilanggan sepenuhnya dalam masa satu setengah hari sahaja!

ASM kaum Cina Habis“, lapor sebuah akhbar!

Kuota kira-kira 30 peratus itu, habis dilanggan sepenuhnya oleh mereka tepat jam 12.17 tengahari!

Manakala 1.665 billion unit yang ditawarkan kepada kaum bumiputera, hanya 7.65 juta unit sahaja yang berjaya dijual!

Manakala 53.5 juta unit daripada 499.5 juta unit untuk kaum India pula telah dilanggan.

Lihat, bagaimana penerimaan dan pemahaman serta kebijaksanaan kaum Cina dan India merebut peluang dalam pelaburan unit amanah yang dijamin oleh kerajaan!

Bandingkan nilai pelaburan antara kaum. (Pada kadar seunit = RM1.00)

Lihat kaum Cina telah melabur sejumlah RM999 juta dalam masa setengah hari sahaja, kaum India pula RM53.5 juta dalam masa satu hari, manakala bumiputera termasuk majoriti kaum Melayu hanya melabur sekitar RM7.65 juta unit!

Lihat berapa jauh bezanya?

Apakah kaum bumiputera tidak mempunyai kemampuan untuk melabur dalam unit Amanah Saham Malaysia kerana masih terlalu taksub dengan pelaburan Skim Cepat Kaya yang masih berleluasa sehingga kini?

Atau mungkin mereka lebih selesa dengan ASB yang setakat ini masih mampu memberikan dividen tahunan yang lebih kompetitif?

Atau mungkin mereka juga tidak mempunyai kesedaran tentang simpanan untuk masa depan bagi pelaburan jangka masa panjang?

Atau mungkin juga mereka tak ada wang yang cukup untuk melabur dalam unit amanah PNB  ini (yang menjamin nilai modal pelaburannya) hanya kerana gagal mengurus dan merancang kewangan mereka?

Saya hanya mampu memberi persoalan dan kemungkinan!

Mungkin para pembaca boleh memberi pendapat atau komen?

Silakan ….

Salam kekayaan,

THINKERICH

p/s : Maaf agak lama tak bersama dengan anda semua!

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “999 JUTA UNIT AMANAH SAHAM MALAYSIA HABIS DIJUAL DALAM MASA SETENGAH HARI!”

  1. KampungBoy says:

    Diorang bijak merebut peluang
    kita hanya mencari alasan semata
    bukan semua
    tapi sebahagian besar

  2. Thinkerich says:

    KampungBoy,

    Ya, sebahagian besar…!

    Semoga anda bukan sebahagian daripada mereka :)

  3. MEREKA ….sentiasa peka perkara yang melibatkan pelaburan….namun bangsa melayu masih lagi kurang ilmu mengenai pengurusan kewangan…..

  4. jojoba says:

    angka ini menunjukkan kegagalan kerajaan menaikkan ekonomi bumiputra.melayu tertindas dibumi sendiri.segala info pun berat sebelah.mcmmna bangsa kita nak maju.yg ada duit simpanan pun ramai lagi tak faham apa itu unit amanah sedangkan berita di tv asyik mempertontonkan politik saja bukan kesedaran.

  5. aziz says:

    Salam,

    Kita kena hijrah minda utk meningkatkan ekonomi…
    Zaman bergantung pada kerajaan sudah berlalu….
    Kita yg tentukan halatuju masa depan kita sendiri..
    Kita yg pilih dimana kedudukan kita….
    Kita yg ikhtiar utk tentukan syurga kita…
    Tapi, ekonomi moden menuntut wang…
    Kesempitan wang membuat akal hilang pertimbangan, menjauhi rohaniah, mengejar duniawi…
    Tapi insyaAllah… di dalam Public Mutual Syariah Fund, saya boleh membantu saudara2 menjana kewangan utk masa depan….
    Sebelum saya jadi agen, saya telah mencuba pelaburan di Public Mutual Syariah Fund… Alhamdulillah… dlm 4 bulan keuntungan menunjukkan angka 13% (skim KWSP). Bagi pelaburan tunai, pelaburan kaunter syariah Public Mutual mencecah 30% (4 bulan)…Nak bandingkan dengan Fund Konvensional Public Mutual memang jauh… saya perhatikan pencapaian Fund Konvensional mencecah 60% dlm tempoh sama (4 bulan)..
    Ini hanyalah membuktikan kekuatan sykt itu sendiri (Public Mutual)….
    Dan sekarang saya buat keputusan jadi agen utk sama2 kita saling membantu tingkatkan ekonomi ummah..

    InsyaAllah
    Aziz

  6. Arrivu says:

    Alahai.. Kau orang ni… Org Melayukan ada ASN dan ASB.. Semua duit labur dlm ASN & ASB.. Of courselah tak cukup duit utk invest dalam ASM ni.. Biasanya semua kuota non-Bumi dlam ASW2020 dan ASM siap disapu org Cina.. 1st time mereka asingkan kuota non-Bumi kpd Kuota Cina dan India.. Clearly boleh nampak org Cina ni yg plg banyak duit..

  7. don says:

    salam…tuan nyer blog, betul arrivu u nyer komen, harap tuan blog, buka minda, baca byk2… jgn duk mengata kaum sendiri je, psl ASW2020 & ASM tu memang disediakan utk mereka…oleh gomEn, please jangan mengata kaum anda sendiri, sebelum menghina kaum u sendiri… cermin kan muka anda dulu di mana ‘company’ anda berada sekarang… my 2 cent :) adios.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm