Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

KONSEP UNIT AMANAH

perniagaan internet

Salam pembaca blog Pemikir Kaya!

Masih ramai yang kurang jelas tentang konsep sebenar Unit Amanah atau Unit Trusts sehinggakan ada yang menyamakannya dengan pelaburan saham secara bulat-bulat..!

Tolong hentikan salah faham tersebut! Baca apa yang ingin saya jelaskan dan huraikan kepada anda semua agar anda dapat memahami asas dan konsep sebenar bagaimana ianya berfungsi.

Baiklah, untuk memudahkan anda faham akan konsep Unit Amanah ini, anda perlu lihat kepada perkara berikut:-

Apabila disebut Unit Amanah secara tidak langsung ianya  melibatkan satu dokumen yang dipanggil SURAT IKATAN AMANAH yang dihasilkan dan dihidupkan.

Ianya adalah satu dokumen yang melibatkan tiga pihak iaitu antara Pemegang  Unit, Pengurus Dana dan Pemegang Amanah (trustee).

Pelaburan Unit Amanah tidak sama dengan instrumen pelaburan lain seperti Saham dan Hartanah yang dapat memberikan pulangan lumayan dalam masa yang singkat.

Namun begitu, dalam jangka masa yang panjang ianya berpontensi untuk memberikan pulangan yang baik dan lumayan bergantung kepada keupayaan pengurus dana berkenaan.

Ini kerana Unit Amanah secara relatifnya berisiko rendah jika kita bandingkan dengan saham biasa yang didagangkan di pasaran tetapi di kalangan unit amanah tersebut ada juga yang berisiko tinggi.

Jadi jika anda ingin menempatkan wang anda dalam Unit Amanah, anda perlu faham bahawa ianya bukanlah tempat untuk anda mendapat pulangan dan keuntungan dalam masa yang singkat, tetapi untuk suatu tempoh masa sedehana(lebih 3 tahun – 5 tahun) atau jangkamasa panjang (10 tahun atau lebih) dan amatlah sesuai untuk dijadikan sebagai pelan pesaraan dan juga pelan simpanan untuk pendidikan anak-anak.

Salam kekayaan,

THINKERICH

perniagaan internet

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “KONSEP UNIT AMANAH”

  1. beaulife says:

    Welcome to visit my blog site Best Buy & Idea to find out more sharing about mutual fund or unit trust fund. Cheers!

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm