Salam pembaca blog pemikirkaya,
Artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang berita kejayaan Syarikat Pengurus Dana Unit Amanah No.1 Malaysia, Public Mutual yang memenangi sekali lagi Anugerah KLIFF buat tahun kedua berturut-turut.
Ini membuktikan bahawa Public Mutual adalah Pengurus Dana Unit Amanah yang sememangnya boleh diharapkan bagi membantu anda mendapatkan pulangan pelaburan dalam jangka masa sederhana atau panjang secara optima (paling baik)!
Berita baiknya di sini jika anda memerlukan khidmat runding dan nasihat tentang Unit Amanah Public Mutual, usah segan atau risau untuk menghubungi saya segera! kerana saya sedia memberikan maklumat lanjut khas untuk Anda!
Saya Bisa Mengaturkannya Untuk Anda
Baiklah untuk pengetahuan anda Public Mutual adalah anak syarikat milik penuh Public Bank. Public Mutual memenangi anugerah Pengurus Dana Islam Terkemuka bagi 2 tahun berturut-turut di majlis penyampaian Tahun 2008 Anugerah KLIFF (Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur) Kewangan Islam ke-5.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Y.B Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan II kepada Pengerusi Public Mutual Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow di majlis penyampaian anugerah tersebut yang diadakan pada 18 November 2008 di Hotel Istana Kuala Lumpur.
Tahun 2008 Anugerah KLIFF Kewangan Islam ke-5 dikendalikan oleh The Centre for Research and Training (CERT) dengan Halal Industry Development Corporation (HDC), dengan kerjasama Dow Jones Islamic Market Indexes (DJIM), the International Institute of Islamic Finance (IIIF) dan Messrs Hisham, Sobri & Kadir (HSK).

Pengerusi Public Mutual Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow (kiri) berbangga menerima anugerah Pengurus Dana Islam Terkemuka daripada Y.B Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan II
Dalam majlis tersebut, Tan Sri Teh telah menyatakan perasaan bangga bahawa Public Mutual sekali lagi memenangi anugerah yang berprestij ini. “Anugerah ini merupakan anugerah ke-121 yang dimenangi oleh Public Mutual sejak tahun 1999.
Memenangi anugerah tersebut bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan pemimpinan kami di industri unit amanah Islam tetapi juga mengesahkan komitmen kami dalam mencapai kecemerlangan,” tambah beliau. Tan Sri Teh mendedikasikan anugerah tersebut kepada lembaga pengarah Public Mutual, badan pengurusan, kaki-kakitangan, pasukan agensi and para pelabur atas sokongan dan kepercayaan kuat yang diberikan tahun demi tahun.
Public Mutual merupakan pemimpin dalam sektor dana unit amanah Islam swasta di Malaysia. Pada akhir bulan September 2008, syarikat tersebut menguruskan 24 dana Islam dengan jumlah aset Islam di bawah pengurusan syarikat sebanyak RM8.5 bilion. Ini merupakan 50.7% daripada bahagian pasaran sektor dana unit amanah Islam swasta.
Syarikat tersebut juga merupakan pengurus dana unit amanah Islam yang paling banyak menerima anugerah di Malaysia, memenangi sebanyak 32 anugerah dana Islam. Ini termasuk “Pengurus Dana Islam Terbaik di Asia untuk tahun 2006 and 2007” daripada Failaka Advisors, Dubai, pemimpin yang diiktiraf dalam bidang penyelidikan dana-dana Islam.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, mengurus sebanyak 62 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000 pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 40,000-perunding unit amanah. Pada akhir bulan September 2008, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM24.1 bilion.
Tahniah diucapkan kepada Public Mutual di atas kejayaan dan kecemerlangan tersebut. Bagi mereka yang telah bertindak dan memilih Public Mutual sebagai pilihan mereka tahniah juga diucapkan kerana telah membuat pilihan yang tepat!
Bagi anda yang belum bertindak, jangan buang masa lagi kerana lebih lama anda menangguhkan tindakan untuk menyimpan dan melabur untuk masa depan, maka anda terus berada dalam kerugian!
Salam kekayaan,
THINKERICH



Posted in 








aikkk patut ko back up unit amanah sbb ko pn agen juga ek…
No wonder la.
Aku rs ko still new to unit amanat…very2 new. Berita2 mcm kt atas ni tk mgambarkan bahawa sesebuah dana tu akan perform well tahun2 berikutnya.
Sejarah di USA (negara yg unit amanahnya dh wujud lebih 100 tahun) membuktikan jika arini satu dana dpt no 1 tahun berikutnya tidak mustahil tiada dlm list pn. Ada yg no 1 tahun ni, tahun berikutnya no 200.
Kita ckp psl US sbb US very complicated market n market yg sudah mature compare to Malaysia.
Aku ada beberapa kwn yg melabur dlm unit amanah …kehilangan bpuluh ribu ringgit disebabkan harga unit amanah tu dh jadi 20,30 posen. Dibeli 10 tahun lalu Rm1 seunit.
Klu ko nk tau unit amanah ni bagus ke tk..bkn dgn tgk berita kt atas…ko bukak paper…tgk ruangan unit amanah…(selalunya kt bahagian ekonomi).
Ko tgk unit2 amanah harga skrg baper. Toksah ckp aa ko tgk dana yg dh 10 tahun kt market…cuba ko tgk price skng.
Majoriti jauh jatuh dr harga belian dlu.
So, dont promote unit amanah if u dunno the real story.
Fantagiro,
Terima kasih di atas penerangan dan ulasan panjang lebar daripada anda…
Berkenaan dengan kawan anda yang kehilangan puluhan ribu itu, kalau tak silap saya dana yang dibeli dengan harga RM1 seunit itu mungkin dana unit amanah yang diuruskan oleh Pengurus Dana Negeri.
Pada kebiasaannya, dana yang diuruskan oleh pengurusan negeri dilaburkan pada saham di kaunter ‘second board’ yang nilainya jauh lebih murah. Pada asasnya ianya terdiri daripada saham company baru yang mana prospek perniagaannya kurang memberangsangkan dan kurang diminati oleh para pelabur!
Berbeza dengan Public Mutual, dana-dana pelaburan yang menjadi pilihan mereka adalah pada saham2 ‘main board’ yang berdaya saing terutama kaunter ‘bluechip’ yang digemari oleh para pelabur!
Memang diakui anugerah bukanlah sesuatu petunjuk bahawa sesebuah dana itu akan terus memberi pulangan yang baik tetapi anugerah ini MEMBUKTIKAN bahawa Pengurus Dana (Public Mutual) telah berjaya memberikan pulangan pelaburan yang konsisten dan lebih baik berbanding pengurus dana yang lain! kerana keupayaan mereka memilih saham pelaburan yang mampu mencatat keuntungan buat pemegang unit mereka.
Ramai orang yang melabur terutama dalam unit amanah sudah tersilap jangkaan sekiranya merujuk harga harian NAB pada akhbar sebagi satu-satunya sumber prestasi dana mereka.
Harus diingat tujuan utama melabur dalam unit amanah adalah untuk pulangan jangkamasa panjang dan bukannya untuk mendapatkan keuntungan singkat sebagaimana melabur terus di kaunter Bursa Saham Kuala Lumpur!
Maka turun naik harga NAB harian adalah satu peluang kepada mereka untuk menjual(ketika harga naik) dan membeli (ketika harga jatuh) bagi mendapat pulangan atau menambah pegangan unit mereka!
Daripada komen anda, sesiapa sahaja yang terlibat dalam dunia kewangan dan pelaburan, sudah tahu dan faham tahap pengetahuan anda yang masih kurang dan jelas dengan dunia pelaburan yang sebenar!
Saya tidak salahkan anda, bagus! kerana berani memberi komen walaupun anda sendiri tidak faham dengan konsep sebenar unit amanah! Banyakkan belajar serta membaca tentang pelaburan. Banyakkan bertanya kepada pelabur yang BERJAYA dan bukannya bertanya kepada mereka yang tidak pernah melabur!
Andatahu anda hanya aya dapat agak anda Saya tidak salahkan